31 May 2011

Panduan “Hijau” Yang Boleh Anda Amalkan Setiap Hari
by Greenpeace Canada


Berikut adalah beberapa panduan praktikal untuk melindungi dan menjaga alam sekitar.



Air

· Baiki paip, pili atau tandas yang bocor. Sedikit sahaja kebocoran pun boleh menyumbang kepada pembaziran teruk dalam jangka masa panjang.

· Cuci kereta anda secara semulajadi – tunggu hingga hujan turun.

· Pasangkan pili yang boleh menjimatkan air.



Tenaga

· Jimatkan bahanapi dengan menurunkan suhu pemanas udara pada waktu malam dan semasa anda tiada di rumah, atau pasangkan pemanas udara yang boleh diprogramkan.

· Gunakan mentol lampu kalimantang mampat.

· Pasangkan penebat di rumah anda untuk mengelakkan kehilangan haba dan periksalah penebat ini sekerap mungkin.

· Baiki kebocoran udara dengan menggunakan bahan kalis udara.

· Pada musim sejuk, tukar penapis pemanas udara sekali sebulan. Pemanas udara menggunakan lebih tenaga jika ia dipenuhi habuk.

· Pasangkan penebat pada pemanas air elektrik dan paip. Tetapi jangan pasang penebat pada pemanas gas dan hanya mula pasang penebat pada paip pemanas gas kira-kira enam inci jauhnya daripada pemanas.

· Elakkan dari menggunakan kereta – berjalan, menunggang basikal atau gunakan kenderaan awam sekerap mungkin.

· Elakkan apa-apa yang menggunakan bateri untuk beroperasi (atau gunakan bateri yang boleh dicaj semula atau yang boleh dicaj menggunakan solar).

· Beli barangan tempatan – bukan sahaja ia dapat membantu ekonomi tempatan, tetapi dapat menjimatkan tenaga kerana produk itu tidak perlu menyeberangi lautan untuk sampai ke tangan anda.



Bahan Toksik

· Gunakan pencuci tanpa toksik di rumah anda seperti yang disenaraikan dalam buku panduan ini.

· Hias rumah anda dengan perabot yang diperbuat daripada fiber semulajadi, kayu, logam dan kaca.

· Elak dari menggunakan polivinil klorida (juga dikenali sebagai PVC atau vinil) di rumah anda. Kitar hayat bahan-bahan yang diperbuat daripada PVC mencemarkan alam sekitar dan rumah anda. Produk PVC termasuklah langsir bilik mandi, lantai dan beberapa jenis barang mainan kanak-kanak.

· Elak dari menggunakan aerosol.

· Gunakan minyak kastor atau mineral untuk melicinkan suis dan engsel, jangan gunakan pelincir yang mengandungi bahan pelarut.

· Gunakan cat berasaskan getah, jangan gunakan cat berasaskan pelarut apabila mengecat rumah anda. Jangan sekali-kali gunakan cat berasaskan plumbum.

· Jika anda mempunyai pendiang, dandang atau pemanas gas, periksalah ia dengan kerap untuk mengelakkan gas toksik dan pasanglah pengesan karbon monoksida.

· Pastikan anda mempunyai pengudaraan yang baik dan kelembapan yang seimbang di rumah anda untuk mengelakkan pertumbuhan kulat dan kulapuk yang boleh merosakkan alat-alat perpaipan dalam rumah.



Sampah

· Jangan buang sampah bertoksik seperti cat, pencair cat dan cecair kereta ke dalam tong sampah atau ke dalam longkang. Periksa jika terdapat kemudahan pembuangan yang sesuai di tempat anda dan elakkan menggunakan bahan-bahan ini pada masa hadapan.

· Bawa beg anda sendiri ketika membeli-belah. Jika anda membawa beg plastik, gunakannya hingga ia tidak boleh digunakan lagi.

· Tukarkan sisa makanan anda kepada baja kompos dan gunakannya untuk membaja tanaman anda.

· Elakkan apa-apa yang mempunyai pembalut yang berlebihan.

· Sentiasa guna semula: cawan, bekas makanan, bateri, pen, pisau cukur dan sebagainya.

· Gantikan produk kertas anda dengan produk yang boleh digunakan semula (guna kertas kitar semula tanpa klorin apabila anda perlu gunakan kertas).

No comments:

Post a Comment