31 May 2011

Di Tempat Kerja
by Greenpeace Canada

Melindungi alam sekitar haruslah menjadi sebahagian daripada kehidupan di luar rumah anda juga.

Tidak kira samada anda bekerja di kilang yang mungkin mencemarkan alam sekitar dengan sewenang-wenangnya atau di pejabat di mana anda boleh mengurangkan penggunaan produk daripada kertas, anda harus memeriksa setiap elemen dalam pekerjaan anda dan pastikan persekitaran kerja anda selamat bagi anda dan planet ini.


Kertas

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan kertas dan pokok:

· Buat salinan foto atau cetak pada kedua-dua belah kertas dan gunakan semula kertas hingga kedua-dua belah telah digunakan.

· Kurangkan jumlah salinan bagi setiap dokumen.

· Beli kertas yang dikitar semula dan bebas daripada klorin, dan kitar semula kertas di pejabat setelah tidak digunakan lagi.

· Gunakan semula sampul surat terpakai.

· Gunakan kertas biasa untuk mesin faksimili supaya anda boleh menggunakan semula dan mengitar semula kertas itu.

· Beli penapis kopi kain yang tahan lama, jangan gunakan penapis kertas pakai buang.

· Beli senaskhah surat khabar dan letakkannya di bilik rehat pekerja supaya semua orang boleh berkongsi membacanya pada waktu makan tengahari dan waktu rehat.



Bekalan

· Jalankan polisi pembelian yang mengambil kira rekod alam sekitar syarikat di mana anda membeli barang atau mendapatkan perkhidmatan.

· Galakkan tempat kerja anda untuk menggunakan bahan-bahan pencuci alternatif seperti resepi yang tertera dalam buku ini.

· Gunakan klip kertas, dawai kokot, tali atau gam tanpa toksik; jangan gunakan pita pelekat.

· Gunakan gam jenis lekat atau gam putih biasa. Elakkan dari menggunakan gam dan simen yang mengeluarkan bau pelarut (contohnya simen getah, gam hobi).

· Jangan gunakan marker yang berasaskan pelarut, sebaliknya gunakan krayon, marker cina (pensel lilin) atau pensel warna.

· Gunakan pita pembetulan yang menutup kesilapan atau menariknya keluar tanpa menggunakan pelarut.

· Apabila anda perlu menggunakan bahan cecair, gunakan bahan yang berasaskan air yang dibuat khas untuk mesin fotokopi.

· Gunakan pen yang boleh diisi semula dan pensil, jangan gunakan pen pakai buang.



Panduan Ringkas

· Jika anda menghantar bungkusan melalui khidmat penghantaran, hubungilah syarikat penghantaran yang menggunakan basikal bagi penghantaran temptan.

· Bawa cawan anda sendiri ke tempat kerja.

· Bawa bekal makan tengahari anda dalam bekas yang boleh digunakan semula.

· Periksa kalau-kalau persekitaran pejabat dan kerja anda mengundang bahaya kepada kesihatan. Galakkan penggunaan bahan-bahan alternatif.

· Jadikan tempat kerja anda kalis-cuaca untuk menjimatkan tenaga.

· Beri kesedaran kepada rakan-rakan sekerja mengenai alam sekitar.

· Minta pihak pengurusan syarikat memasang pili air bergas di tempat kerja untuk menjimatkan air.

· Tubuhkan satu program kitar semula.

· Mulakan satu papan bulletin alam sekitar untuk melekatkan notis mengenai mesyuarat kumpulan alam sekitar, berita alam sekitar dan panduan pembersihan “hijau”.

· Galakkan pihak pengurusan pelan pencen syarikat anda supaya tidak melabur dalam syarikat yang diketahui merosakkan alam sekitar.

· Lobi syarikat anda untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau amalan melindungi alam sekitar di syarikat.

· Berjalan atau tunggang basikal ke tempat kerja. Gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta – anda boleh mengiklankan amalan ini di tempat kerja atau di papan buletin komuniti.

· Tampal label pada bahagian dalam pintu hadapan yang mengatakan “orang terakhir sila padamkan kesemua lampu”.

No comments:

Post a Comment