12 September 2009

itu aku....

Assalamualaikum....

Cerita lama terungkit kembali... Begitulah rencananya kali ini. Tidak banyak gambar lama yang dapat ku simpan kerana sebelum ini aku tak pernah simpan gambar-gambar nastolgia ini. Tapi sejak ibu tiada (meninggal), aku cuba kembali mengumpul gambar-gambar lama ku.
Tapi tak banyak yang ku dapat kerana kebanyakkannya dah dimakan waktu, tidak dapat diselamatkan.

oh ya! tentu ada yang tanya. Agak nya di mana aku ya!
Gambar ini di ambil pada tahun 1965 seperti mana tercatat di belakang gambar ini. Ketika ini aku baru berusia hampir 2 tahun. Wah!! sudah ada yang meneka.... caya lah!....

ok lah.. aku terpaksa duduk dengan pertolongan sokongan ketika itu kerana aku masih belum mampu duduk dengan sendiri (dalam baldi). Gambar ini di ambil ketika kami tinggal di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.

Bila dah teringat ibu yang sudah tiada, ku pohon rakan pembaca sedekahkan lah Al-Fatihah buat ibunda ku... Al-Fatiiihah....


Amin...Alhamdulillah...

Ketika ini hati sayu bila mengenangkan ibunda ku.... aku teringat akan segala susah payahnya ia membesarkan kami sekeluarga.. Aku doakan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat bersama dengan orang yang beriman...

oppss!.. Mohon berhenti dahulu.... sampai ketemu lagi.

No comments:

Post a Comment